cantik...

Saturday, 22 June 2013

Kementerian Pelancongan Malaysia

Kementerian Pelancongan Malaysia berperanan sebagai agensi yang memperomosikan Malaysia samada di dalam atau luar negara, Keindahan negara malaysia ini tiada tandingannya. Malaysia mampu menarik ramai pelancong asing untuk melawat negara ini dan menjadikan Malaysia negara yang indah untuk di lawati.

Monday, 10 June 2013

Penutup

Alhamdulillah... setelah kita berehlah, bersyukurlah kepada Allah swt yang masih memberi peluang untuk kita menghirup udara dan melihat alam ciptaanNya.

Yakini kekuasaan Allah, kerana apapun kuasa yang kita ada tidak mampu menandingi kekuasaanNya, secantik mana pun manusia, tidak akan mampu mencipta kecantikan apa yang diciptaNya, sebijak manapun manusia, pasti tidak mampu menandingi kebijaksanaan Allah yang mentadbir kita hambaNya.

Seloka Rehlah

Rehlah itu pergi melawat,
Pelbagai arah dan juga tempat,
Ciptaan Allah dapat dilihat,
Ambillah iktibar dengan cara yang tepat.

Berhati-hati memilih tempat,
Supaya sesuai dan juga selamat,
Berpakaian sopan menutup aurat,
Agar terhindar dari maksiat.

Jika kita ingin berehlah,
Untuk melepaskan penat dan lelah,
Jagalah adab jangan tersalah,
Niat yang baik kerana Allah.

Maruah diri dan juga keluarga,
Semasa berehlah perilaku dija,
Keselamatan diri paling berharga,
Dari bencana yang tidak diduga.

Persediaan sebelum bercuti

Bagi menjamin keselesaan semasa bercuti, kita perlu menyediakan beberapa perkara seperti
  1. Pakaian yang sesuai dan mencukupi.
  2. Bekalan seperti makanan dan minuman ringan untuk menjimatkan kos dan mengelakkan bosan jika perjalanan yang lama
  3. Peralatan mandi, solat dan nota untuk membuat catatan.
  4. Wang yang mencukupi.

Tempat yang sesuai untuk bercuti

Sebagai insan yang mensyukuri nikmatnya kehidupan, perlu kita melihat dan menziarahi tempat-tempat lain untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang menarik seperti:
  1. Di tepian pantai
  2. Di lereng-lereng gunung ganang.
  3. Luar negara jika mampu.
  4. Dalam negara seperti kampung dan bandar lain.
  5. Tempat saudara mara yang jauh dari tempat tinggal kita.

Tatacara untuk berehlah

Beberapa perkara yang perlu diambil berat untuk bercuti iaitu:
  1. Mengadakan perbincangan dengan ibubapa.
  2. Menyediakan perbelanjaan yang secukupnya.
  3. Mempastikan tempat yang sesuai untuk mengadakan percutian.
  4. Menjaga keselamatan dan kesihatan sebaik mungkin.