cantik...

Monday, 10 June 2013

Seloka Rehlah

Rehlah itu pergi melawat,
Pelbagai arah dan juga tempat,
Ciptaan Allah dapat dilihat,
Ambillah iktibar dengan cara yang tepat.

Berhati-hati memilih tempat,
Supaya sesuai dan juga selamat,
Berpakaian sopan menutup aurat,
Agar terhindar dari maksiat.

Jika kita ingin berehlah,
Untuk melepaskan penat dan lelah,
Jagalah adab jangan tersalah,
Niat yang baik kerana Allah.

Maruah diri dan juga keluarga,
Semasa berehlah perilaku dija,
Keselamatan diri paling berharga,
Dari bencana yang tidak diduga.

No comments:

Post a Comment