cantik...

Thursday, 6 June 2013

Adab setelah selesai bercuti

Setelah berjaya menjaga adab sebelum dan semasa berehat/bercuti kita perlu mencantikkan lagi adab dengan melakukan beberapa perkara setelah selesai percutian iaitu:
  1. Mengemaskan barangan dan peralatan serta menjaga kebersihan tempat yang ditinggalkan.
  2. Setelah sampai ke tampat kediaman, ucapkanlah "Alhamdulillah" dan sujud syukur.
  3. Membersihkan secepat mungkin pakaian, peralatan yang digunakan untuk menjaga kebersihan dan jangka hayat peralatan supaya dapat digunakan semula dimasa akan datang.

Adab ketika berada di tempat percutian

Setelah membuat perancangan untuk bercuti samada bersama keluarga, guru atau rakan , kita juga perlu menjaga adab semasa berada di tempat tersebut  iaitu:
  1. Menjaga tingkah laku
  2. Menjaga kebersihan
  3. Tidak bergaul bebas
  4. Sentiasa berpakaian menutup aurat dan kemas
  5. Menyebut "subhanallah" apabila takjub melihat keindahan alam.

Wednesday, 5 June 2013

Adab sebelum memulakan Rehlah

Terdapat banyak adab dan tatacara sebelum bercuti / berehlah, diantaranya:
  1. Berbincang dengan ibubapa.
  2. Membuat persediaan perbelanjaan yang mencukupi
  3. Berbincang tempat yang sesuai dan menarik, contoh musim hujan bahaya mandi di pantai.
  4. Membuat persiapan awal seperti pakaian, bekalan dan peralatan bercuti
  5. Mempastikan kesihatan diri dan ahli serta keselamatan tempat untuk bercuti.

Hikmah rehlah

Rasional utama rehlah adalah untuk :
  1. Melihat negara atau tempat orang.
  2. Menghayati keindahan alam flora dan fauna.
  3. Mencari ketenangan dan kedamaian.
  4. Berkenalan dan menghubungkan silaturrahmi. 

pengenalan


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 Salam buat semua.. salam satu Malaysia,

Bagaimana dengan anda semua, tentu suka bercuti, makan angin, berkelah, jalan-jalan dan sebagainya ketika musim cuti sekolah dan apabila ada masa lapang.

Blog ini menceritakan mengenai Rehlah iaitu bercuti,berehat ataupun jalan-jalan.

atau pun dikatakan melawat tempat-tempat lain untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan dan mensyukuri dengan apa yang telah dikurniakan oleh Nya.